Khamis, 16 Februari 2012

Sarung kusyen baru.

Hari ini dah seminggu abang Hensem bungkus kusyen aku dengan sarung baru. Sebelum sarung baru ni. Dia salotape ja kusyen aku yang berlubang-lubang tuh. Tetapi selepas satu perjalanan ke Putrajaya dia membalutku dengan sarung baru. Akhirnya hujan tak menembusi lagi kusyenku yang dicakar oleh kucing-kucing jalan kebun yang tak soleh dan solehah.

Mulanya aku ingat memang takkan dilayan dengan mesra lagi, kerana almaklumlah abang hensem dah ada lesen kereta. masa dia balik sambut maulid kat Sungai Petani. Tetapi sayangnya padaku masih seperti dulu. Oh Abang Hensem jasamu akan ku kenang. Semoga Allah terus meletakkan engkau sebagai penunggang motorsikal yang baik dan soleh.

Majulah Islam untuk keharmonian.

Khamis, 19 Januari 2012

TUkar Tayar

seperti biasa setiap bulan Abang Hensem akan bawa aku pergi ke kedai motor untuk tukar minyak hitam dan tengok apa yang tak kena dengan badanku yang diwarnakan hitam ini.

Tetapi kali ini ada sakit pada tayar depanku. Oh memang sampai gelong gelong aku berjalan di atas jalan raya, sampai abang Hensem terpaksa ambil corner macam orang patah pinggang. Bila abang pomen pegang ja tayar ku dia kata padan la gelong tayar dah koyak dah. Inilah kalau tubeless memang tak perasan dia koyak tapi kalau cek sikit dah tahu.

Abang Hensem kantoi..! tahu naik ja tak nak cek langsung. Aku pun ditinggalkan dan Abang Pomen meneruskan kerjanya nak menukar tayar dan minyak hitam untuk prosedur biasa. OK Abang Hensem kena keluar 95 hinggit dengar citer duit jual madu. Hehe... Semoga Abang Hensem bertambah rezeki dan berkat dari Allah.

Ahad, 18 September 2011

kena tinggal pula.

Semalam barulah abang hensem balik rumah dengan anak isterinya. Dengar cerita dia ke sekolah lama dia, kenapalah tak dibawa aku sekali.

Kesian aku ditinggalkan dengan orang lain. Bukanlah mereka tidak hensem, tetapi mereka bukan hero idamanku. mereka adalah mereka.

Semalam ada dengar tuan nak tukar clutch aku pakai clutch baru. tapi ada ka bajet dia?

Selasa, 13 September 2011

Kucing yang tak soleh.

Malam sabtu merupakan malam pertama aku di rumah abang hensem. Pada malam musim hujan ni cuaca agak sejuk, nyamuk pun banyak. Alhamdulillah aku bukan makhluk berdarah. Tetapi ada seekor makhluk sedang memerhati aku.

Rasanya macam dia tidak suka aku di sini. Masalah baru aku kini menjelma. Rupanya makhluk ini agak manja, digesel-gesel kepalanya yang berbulu ke tayarku. Geli juga bila bulu-bulu itu merayap di bunga-bunga tayarku. Aku biarkan sahaja kerana mungkin dia memerlukan belas kasihan dari benda sepertiku.

tiba-tiba dia meloncat ke atas seat aku. Apa lagi geli gelemanlah aku. malangnya aku tidak boleh bergerak sendiri kerana aku ini makhluk sentuhan manusia.

Pagi yang hening itu tuan aku mendekatiku dan mengibas-ngibas seatku lalu ditunggangnya aku ke Sebuah tempat. dalam perjalanan aku melihat banyak bangunan kerana perjalanan mengambil masa sekitar 32 minit almaklumlah tuan aku itu pengganas kelajuan. aku ini diredahnya 130 KM/J apapun dia masih waras dan kami sampai dengan selamat walaupun exzosku rasa macam nak menyala.

Jam-jam tu aku rasa macam seronok pun ada rasa sakit pun ada rasa excited pun ada. Tapi perut aku dah makin kurang minyak. Jam 1:29 petang .dalam 5 minit perjalanan abang hensem belanja aku minyak petronas. oklah juga rasanya pedar-pedar ala asam jawa campur minyak angin.

petang itu kami (aku, abang hensem, adik cumel and kakak cute) pergi makan makan(mereka sahaja, sebab aku dah makan petrol siang tadi.) lepas dah makan abang hensem balik hantar aku kat rumah kemudian ada kancil buatan manusia menjemput dia entahlah kemana dalam hujan yang baru nak lebat meninggalkan rumah.

Kucing semalam datang lagi. Arghh tidak aku fobia... dia cuba mengganggu aku lagi dengan teknik sama. belum sempat dia nak lebih lebih tuan aku yang hensempun balik. Kucing tadi lari meninggalkan kerisauannya padaku. Aku yakin dia pasti akan kembali.

Ya malam itu aku telah dinodai oleh kucing yang toleh itu. Dia telah mengguris seat aku dengan rakus. sehingga luka-luka seat aku. Aku tidak sabar menanti mahari terbit. Mahu diadukan pada tuanku yang baik. ya seperti dijangkakan dia mengeluh, dan dia mengesyaki kaum kucing yang memebuat onar berdasarkan kesar cakaran dan dna bulu kucing serta kesan tapak kaki jelas menunjukkan suspek adalah kucing.

sejak dari peristiwa itu aku dibekalkan sehelai selimut pada waktu malam. walaupun selimut itu nipis ia sudah mampu menutup tubuhku dari kerakusan kucing yang memang sungguh tak soleh.

Ahad, 11 September 2011

Aku dibeli pemilik kedua.

Kisah ini kisah sebuah Motorsikal berkuasa rendah 111cc, Kriss 1 keluaran Modenas yang berusia sekitar 10 tahun. Lahir pada 2001.

Pada petang rabu yang lalu (7/9/2011) setelah agak lama aku diatur bersama rakan rakan aku dalam kedai jimmy di bukit naga ada sepasang anak muda nampak gaya macam cikgu. Mereka datang mencari Motorsikal 2nd hand macam aku. Tetapi mereka tanya tentang golongan lebih glamour  iaitu EX5. Bila Jimmy sebut harga EX5 yang mahal sedikit dari aku barulah abang hensem seorang tu mula menjeling pada aku. Dia ingat aku ini spesis perempuan kot. Nama pun Kriss. Keris hitam bersepuh Emas. Kira-kira 25 minit kemudian dia minta izin Jimmy nak uji tunggang aku.

Boleh tahan susah juga aku nak bernafas mula-mula, sejak dah lama tersadai atau bahasa lembutnya terpamer di kedai si Jimmy ni. Last sekali hidup juga aku dengan semua anggota badan yang dah lenguh-lenguh. Dipulasnya troater aku, apalagi menjerit la aku. Abang hensem tadi macam terpesona dengan suaraku yang serak-serak basah. Lalu dia pun naik atas seat aku lalu memasukkan gear, apalagi bergeraklah aku keluar dari kedai Jimmy. Fuh dah lama aku tak dapat cuaca segar begini.

Fuh, Abang Hensem ni bukan main lagi dipecutnya aku. Mujur jalan tak cukup panjang. Takat 90 Km per Jam je aku speed. Bila balik kedai dengar la Abang Hensem puji aku dekat kawannya. Boleh tahan gak kriss ni. Tuan dia dulu cermat gayanya. Jimmy cakap aku ni baru satu tuan. Abang Hensem tu duduk dekat depan Jimmy sambil Jimmy keluarkan kertas. Aku selalu juga tengok orang buat macam tu. Tapi aku tak faham sangat apa yang derang bincang dan tulis.

Tetapi aku kecewa melihat dua orang cikgu tadi keluar macam tu sahaja.

Maghrib tu, datang lagi 2 orang tadi dengan abang sorang lagi. Diorang terus mendekati aku. Abang yang baru datang tu tak cakap banyak terus pulas kunci dan menendang kickstarter aku beberapa kali, sampailah pekerja Jimmy yang tolong startkan. Memang mengerikan dia pula yang duduk atas seat aku. Apa sebenarnya masalahnya akupun tak tahu. Dia membawaku pergi ke tempat yang sama dengan abang hensem tadi.

Balik ja ke kedai Jimmy trottle aku dipulas sampai aku menjerit mengikut rentak pulasannya. Dia kata bunyi ok cuma ada lari pitching. Dia maksudkan bunyi clutch aku yang dah lama tak bertukar. Pastu Jimmy datang sembang dengan diorang dan bagi kadnya pada setiap seorang.

Tapi mereka balik macam tu sahaja. Berlalu esoknya ada beberapa orang menyentuh aku dan berlalu. Sampailah masuk hari Jumaat. Hari paling jarang ada orang menziarahi aku. Kalau adapun abang- abang gelap atau kawan-kawan Jimmy.

Tetapi sebelum Jimmy tutup kedai Abang Hensem hari tu datang lagi. kali ini dia datang sorang tapi dia terus ke rak helmet. aduh, rupanya dia nak beli helmet saja. Dia ambil helmet dan beberapa kertas kemudian dia bayar duit.

Alangkah terkejutnya aku dia letak semua barang yang dia ambil dari Jimmy dalam raga aku dengan mengenakan helmet di kepalanya yang dah tak berapa ada rambut tu lalu dia membawaku pergi minum. dia tunggang aku memang dengan kasar dan ganas. Macam nak tercabut jantung aku.

Kini aku dah tak balik lagi ke kedai Jimmy. Aku sudah di bawa balik ke rumah abang hensem. beginilah kisahnya aku bersama tuan baru.