Ahad, 11 September 2011

Aku dibeli pemilik kedua.

Kisah ini kisah sebuah Motorsikal berkuasa rendah 111cc, Kriss 1 keluaran Modenas yang berusia sekitar 10 tahun. Lahir pada 2001.

Pada petang rabu yang lalu (7/9/2011) setelah agak lama aku diatur bersama rakan rakan aku dalam kedai jimmy di bukit naga ada sepasang anak muda nampak gaya macam cikgu. Mereka datang mencari Motorsikal 2nd hand macam aku. Tetapi mereka tanya tentang golongan lebih glamour  iaitu EX5. Bila Jimmy sebut harga EX5 yang mahal sedikit dari aku barulah abang hensem seorang tu mula menjeling pada aku. Dia ingat aku ini spesis perempuan kot. Nama pun Kriss. Keris hitam bersepuh Emas. Kira-kira 25 minit kemudian dia minta izin Jimmy nak uji tunggang aku.

Boleh tahan susah juga aku nak bernafas mula-mula, sejak dah lama tersadai atau bahasa lembutnya terpamer di kedai si Jimmy ni. Last sekali hidup juga aku dengan semua anggota badan yang dah lenguh-lenguh. Dipulasnya troater aku, apalagi menjerit la aku. Abang hensem tadi macam terpesona dengan suaraku yang serak-serak basah. Lalu dia pun naik atas seat aku lalu memasukkan gear, apalagi bergeraklah aku keluar dari kedai Jimmy. Fuh dah lama aku tak dapat cuaca segar begini.

Fuh, Abang Hensem ni bukan main lagi dipecutnya aku. Mujur jalan tak cukup panjang. Takat 90 Km per Jam je aku speed. Bila balik kedai dengar la Abang Hensem puji aku dekat kawannya. Boleh tahan gak kriss ni. Tuan dia dulu cermat gayanya. Jimmy cakap aku ni baru satu tuan. Abang Hensem tu duduk dekat depan Jimmy sambil Jimmy keluarkan kertas. Aku selalu juga tengok orang buat macam tu. Tapi aku tak faham sangat apa yang derang bincang dan tulis.

Tetapi aku kecewa melihat dua orang cikgu tadi keluar macam tu sahaja.

Maghrib tu, datang lagi 2 orang tadi dengan abang sorang lagi. Diorang terus mendekati aku. Abang yang baru datang tu tak cakap banyak terus pulas kunci dan menendang kickstarter aku beberapa kali, sampailah pekerja Jimmy yang tolong startkan. Memang mengerikan dia pula yang duduk atas seat aku. Apa sebenarnya masalahnya akupun tak tahu. Dia membawaku pergi ke tempat yang sama dengan abang hensem tadi.

Balik ja ke kedai Jimmy trottle aku dipulas sampai aku menjerit mengikut rentak pulasannya. Dia kata bunyi ok cuma ada lari pitching. Dia maksudkan bunyi clutch aku yang dah lama tak bertukar. Pastu Jimmy datang sembang dengan diorang dan bagi kadnya pada setiap seorang.

Tapi mereka balik macam tu sahaja. Berlalu esoknya ada beberapa orang menyentuh aku dan berlalu. Sampailah masuk hari Jumaat. Hari paling jarang ada orang menziarahi aku. Kalau adapun abang- abang gelap atau kawan-kawan Jimmy.

Tetapi sebelum Jimmy tutup kedai Abang Hensem hari tu datang lagi. kali ini dia datang sorang tapi dia terus ke rak helmet. aduh, rupanya dia nak beli helmet saja. Dia ambil helmet dan beberapa kertas kemudian dia bayar duit.

Alangkah terkejutnya aku dia letak semua barang yang dia ambil dari Jimmy dalam raga aku dengan mengenakan helmet di kepalanya yang dah tak berapa ada rambut tu lalu dia membawaku pergi minum. dia tunggang aku memang dengan kasar dan ganas. Macam nak tercabut jantung aku.

Kini aku dah tak balik lagi ke kedai Jimmy. Aku sudah di bawa balik ke rumah abang hensem. beginilah kisahnya aku bersama tuan baru.

1 ulasan: